>

Background



Sekolah Menengah Kebangsaan Balung (SMK Balung) mula diwujudkan pada bulan Januari 1987. Pada masa itu, sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah Gred C. Tujuan penubuhan sekolah ini pada masa itu adalah untuk menampung bilangan pelajar layak memasuki sekolah menengah yang semakin bertambah. Sekolah menengah yang sedia ada di bandar sudah tidak mencukupi.
TOKOH  /  NAMA  SEKOLAH
Tiada tokoh khas yang dikaitkan dengan nama sekolah. Oleh yang demikian, nama sekolah ini diberikan berdasarkan lokasi sekolah tersebut yang terletak di kawasan Balung.
PENGASAS   SEKOLAH
Rancangan untuk mewujudkan sekolah ini adalah ilham En. Amir Bek Amir Hussein iaitu Pegawai Pendidikan Daerah pada masa itu. En. Jimmy Cheah yang bertugas sebagai Penyelia Bahagian di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau telah bersetuju untuk menjadi pengetua sekolah yang pertama.
  

No comments:

Post a Comment